wedding website
Daisypath Next Aniversary Ticker Daisypath Anniversary Years Ticker

MomBloggersPlanet Cutest Baby in CAR SEAT Contest

>> Monday, 13 July 2009



Status Hari ni: Hari ni aku nak hantar contest ke MomBloggersPlanet dan nak menang hadiah :D cita-cita mesti tinggi kan? Untuk memeriahkan lagik contest yang sedia meriah ini ..klik kat Sini-- MomBloggersPlanet

July 09 theme is "Cutest Baby in CAR SEAT".

Why car seat? Because to promote a safer traveling for babies and children as part of our Babies & Kids Safety Campaign.

* Since bleh taruk gambar banyak-banyak dalam satu entri kan, so aku nak letak pic Nuha dari baby sampai laa skang ni...



  

 Nama : Nur Nuha Humayra Binti Mohd Hizaami
D.O.B : 2 .8. 2008
 Last pic ni yang nak dipertandingkan since ni gambar terbaru dier.. 
p/s: susah nau nak tengok dier senyum lately ni dalam car seat..Ummi nyanyi tak sedap yer nak??yerlaa, Ummi bukan SIti Nurhalijah :D

Tentang Car Seat Ini:
 
Aku beli car seat untuk my Nuha ni sehari sebelum aku masuk bekerja .Sebab utamanya adalah aku kena hantar Nuha ke rumah pengasuh yang mengambil masa kira-kira 10 minit dengan kereta (paling lambat laa ni)  tiap-tiap hari sendirian.
Harga car seat ini cuma RM300++.Aku beli car seat ini  untuk penggunaan 0-4 tahun punya ..kira berbaloi laa kan beli car-seat ni sebab lama bleh pakai..kalau digunakan semaksimumnya iaitu tiap-tiap hari, kosnya cuma RM6++ jer sebulan...Ya Allah murahnya kan?

p/s:kalo aku bawak laju2 dan nak-nak kalo trafik lite semua kaler hijau, 5 menet pun bleh sampai :D  RacerMom on board gituh:D 

Ibu-ibu, puan-puan semuanya , dengar Eliss goyang. bagi pandangan tentang penggunaan car-seat  ini :


Penting sangat untuk memiliki car seat ini untuk melicinkan pemanduan anda terutama jika anda kena bawa baby sendirian disamping menyelamatkan nyawa anak anda  kerana car seat ini dilengkapi dengan tali pinggang keselamatan ,boleh dilaras tapaknya mengikut umur (samada nak tegakkan atau baringkan) dan dilengkapi tambahan nyanyian oleh suara maknya yang sumbang mendendangkan lagu buat menenangkan anak nya jika anaknya cranky sepanjang pemanduan  :D * kos nak beranakkan anak  jer pun cecah 7K++ (me laa tu)  , tak  kan kita nak kedekut untuk RM 200-RM300 untuk sebuah car seat untuk keselamatan dirinya sehari-hari..Bayangkan kalo sebuah car seat yang berharga RM300 yang boleh guna sampai 4 tahun, anda hanya memperuntukkan RM 6.25 jer sebulan...Siap buat calculation tu untuk korang nampak kepentingan nya...fikir-fikirkan..dan renung-renungkan...

Akhir kata, Sayangi anak anda, belilah car seat ! buatan Malaysia!!

Senarai Semak :-
  • Get a photo of your baby in CAR SEAT (if you don’t have one, perhaps it’s the best time to get, borrow or try one) - done
  • Write a blog post about this contest with title MomBloggersPlanet Cutest Baby in CAR SEAT Contest -done
  • Include your baby’s photo in the post and mention his/her name and date of birth. - done
  • Write about the car seat in the picture and your thoughts/opinion about the use of car seat for babies/children. - done
  • Include a link to this contest page, PhotoBook Malaysia and AliceWonders in your entry.- done
  • Leave a comment here with link to your blog post - done
Bila dah ok semua, leh laa layan mata menjamu hadiah-hadiah menarik yang bakal dimenangi pula...

1x First Prize



* One Medium Landscape Hardcover or Medium Portrait Hardcover Photobooks by PhotoBookMalaysia (worth RM144)
* One bag of his/her choice from AliceWonders (worth from RM50-RM200)

1x Second Prize

* One Medium Portrait Softcover or Medium Portrait Classic Softcover by PhotoBook Malaysia (worth RM80)

1x Third Prize


* One Large Landscape Poster by PhotoBook Malaysia (worth RM68)

3x Consolation Prize


* One PurseHook from AliceWonders (worth RM20)

p/s: Kalo tak bleh menang consolation prize, first prize pun jadik laa..hehehe...aku nak menang beg idaman ku seperti di S.I.N.I  dan nak membuat koleksi gambar-gambar masa aku kahwin, pregnantkan Nuha, perkembangan Nuha dari lahir sampai skang.mesti meriahkan??Doa-doakan yer kawan-kawan...




Beg idaman ku selalu :D


Terima kasih erk pada semua sponsor yang baik hati...




*Hari ni masih tiada mood utk update blog..sebab hari ini hari isnin..so kiter layan contest dulu!!

Read more...

Seminar kat Ofiz

>> Friday, 10 July 2009

Hari ni separuh hari, kitorang berseminar di Dewan Al Ghazali, JpBsm, untuk semua staff ofiz aku...ada banyak pengisiannya...

Aku tepek tentatif program aku kat sini..

8.00 pagi - 9.00 pagi - Sarapan pagi
9.00 pagi - 9.30 pagi - Sesi Perkongsian 1 : ESQ Leadership Seminar -3-5 April 2008 -Puan Zainab, Puan Saemah, Puan Noor Aini & Puan Hasnah
9.30 pagi - 10.00 pagi - Sesi Perkongsian 2 : Risk Management -PM Rahidzab
10.00 pagi - 10.45pagi - Sesi Perkongsian 3 : Capability Maturity Model Integration (CMMI) - PM Azizi Ngah Tasir & Puan Noor Hasnida Hamdan.
10.45 pagi - 11 pagi - Break
11.00 pagi - 1.00 tengah hari - Ceramah Menangani Masalah Kecemasan dan Keselamatan di Tempat Kerja oleh PM Dr Anuar Suun, Ketua Unit keselamatan & Kesihatan, Majlis Sukan Negara/ Pensyarah Fakulti Sains Sukan & Rekreasi.


yang paling syok, yang last sekali..Dr ni memang lawak laa..dan banyak yang kami dapat kutip dari ceramah yang dier especially cara untuk kurangkan migrain dan yang paling simple laa aku rasa..urutan sajer..

Teknik 1) urut pada tengah antara ibu jari dan jari telunjuk tu dengan circular motion..Insya Allah pasni aku try..dan

Teknik 2) tutup lubang hidung kanan dengan jari, dan hembus dan sedut udara melalui lubang hidung kiri..dan begitulah sebaliknya...Insya Allah lega katanya migrain kiter..tawakkal pada Allah..



Aku ngan ad



Aku ngan Niza

p/s: Hari ni ingat nak dating ngan kak PB, tapi nampaknya kena tunda lagi ke minggu depan..boleh ker kak? dah 2 minggu tunda ni :) lewat sangat habesnya program tadi..balik ofiz dah kul 2..ni baru sempat update blog :P

Selamat berhujung minggu semua!! minggu ni duk umah jer..

Read more...

Muncit pergilah jauh2....

>> Thursday, 9 July 2009

Malam tadi ada seorang isteri menayang perutnya pada cermin...dan bertanya pada encik suami...

Isteri:Sayang, nampak tak *eliss(bukan nama sebenar) makin muncit?

Suami: Erm, a'ah....perasan

p/s:alahai..suami saper berlaku begitu jujur yer....hahahaha

Apa yang aku perlukan untuk menghilangkan muncit pada badan yang durjana ni??

Pilihan 1 :Bengkung?



p/s:aku ada 2 bengkung kat umah, satu yang zap dan satu yang ikat2..ms pantang x leh pakai yang ikat2 sebab c-sect, so duk berbengkung kat dalam kotak tu jer laa bengkung aku yang ikat2 tu :P aku berbengkung 30 hari jer, peh tu malas :(
pic credit sini


Pilihan 2: Teh Kurus?



p/s:Ni teh yang kurus, aku tak kurus-kurus..berak manjang ada la :P
pic credit sini


Pilihan 3:Program Kurus?



p/s:Kalo ada duit lama dah aku buat ni..hahaha
pic credit sini



Pilihan 4:Sit Up?



p/s:Ni yang malas sekali nak buat..hahaha
pic credit sini


Pilihan 5:Ab Shaper?



p/s:Mak aku dah beli dari makcik aku satu menatang ni masa aku berkobar2 nak kurus dizaman sekolah dulu..skang ada umah long aku..dier pun x guna..wajarkah aku mintak balik?? hahahaha
pic credit sini


Pilihan 6:Kerat usus mcm chef zam?



p/s:Ni pun ribu riban kan...alahai mana nak cekau duit ni:P
pic credit sini


Pilihan 7:Swimming



p/s:Aku tak reti berenang(tak pasal2 lemas) dan segan nak pakai bikini..padahal kat uitm ni ada hari hanya untuk perempuan2 jer berenang :p
pic credit sini


Apa pandangan korang? Pilihan keberapa dijamin berkesan dan korang penah cuba??Cuba ko cuba jawab!Sesiapa yang memberikan cadangan yang bernas, nescaya anda akan menjadi tidak muncit...hahahaha

Read more...

New blog on board...

>> Wednesday, 8 July 2009

Hari ni, aku gigih siapkan blog untuk my hubby :D tapi tak rasmi lagik..dier nak letak resepi masakan dalam tu..beriya benar nampaknya.Jangan tak tau, my hubby dulu pandai masak..dulu laa..katanya..tapi sepanjang setahun lebih kawen ni, rasanya boleh ku hitung dengan jari jer laa bape kali dier masak..hehehe..ampun yang, ampun..hahaha



bila dah rasmi, nanti laa aku tunjukkan kat semua link ke blog tersebut..sekarang hanya author jer leh view ini blog..sesaper nak jadik author jugak adalah dialu2kan atau pun nak mengirimkan gambar dan resepi masakan kat aku.nanti akan ku credit ke blog korang...sharing is caring kan (:

p/s: jangan hangat-hangat tahi ayam sudah laa yer yang blog tu :P

Read more...

Blog Design by Blogger templates Sunset- Edited by Eliss Copyright Reserved © 2006-2009 Eliss.Mie.Nuha

Back to TOP